Selasa, Ogos 03, 2010

Pengenalan Teknologi Maklumat dan Komunikasi(TMK)


Teknologi Maklumat dan Komunikasi(TMK) merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data yang berkaitan dengan segala aspek pengurusan dan pemprosesan maklumat. Selain itu, TMK juga turut boleh didefinisikan sebagai komputer dan sistem telekomunikasi yang digunakan untuk mengumpul, menyimpan, memproses dan menghantar maklumat. Perkembangan TMK telah membawa perubahan besar kepada kehidupan sebahagian besar penduduk dunia dari segi cara kerja dan cara belajar. Seiring dengan perkembangan era globalisasi ini, institusi pengajian perlu mempunyai hala tuju masing-masing dalam membekalkan cabaran pendidikan kepada pelajar-pelajarnya. Pendedahan teknologi merupakan keperluan pembelajaran yang perlu untuk pelajar-pelajar selaras dengan perkembangan dalam dunia pendidikan semasa.


AZLI BIN DAUD, 205013

Isnin, Ogos 02, 2010

Kemudahan di Universiti Utara Malaysia(UUM)



Sebagai sebuah universiti pengurusan terkemuka,pihak UUM telah memperkenalkan pelbagai bentuk kemudahan bercorak moden dan canggih seiring dengan matlamat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju setanding dengan negara maju yang lain.Antara bentuk kemudahan yang disediakan adalah seperti e-mel untuk kakitangan dan pelajar,Penggunaan e-mel ini adalah untuk memudahkan para penggunanya melayari laman sesawang yang dikehendaki.Selain itu,setiap pelajar akan mempunyai portal masing-masing yang dikenali sebagai 'Portal Komuniti UUM'.Portal ini mengandungi semua maklumat berkaitan pelajar,jadual waktu kuliah serta keputusan peperiksaan.Pihak UUM juga menyediakan perkhidmatan perpustakaan secara dalam talian,antaranya perkhidmatan WEBOPAC yang memudahkan para pengguna perpustakaan mencari buku secara dalam talian.Hal ini secara tidak lansung dapat memjimatkan masa penggunanya.Terdapat juga kemudahan lain iaitu 'eResources','eJournal','eThesis' dan 'eQuip'.Zon pembelajaran atau lebih dikenali sebagai "Learning Zone" juga turut disediakan kepada para pelajar untuk membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Para pelajar boleh mendapatkan nota melalui zon ini mengikut senarai kursus yang diambil.


NURFARAHIN BT CHE MOHAMAD ILIAS, 204637

Sumbangan




TMK telah berjaya memudahkan urusan harian para pelajar dan pensyarah di UUM melalui penggunaanya dalam sistem pengajaran dan pembelajaran. Salah satu contoh penggunaan TMK dalam sistem pendidikan di UUM dapat dilihat melalui penggunaan portal pintar yang dikenali sebagai Portal Komuniti UUM. Portal ini memudahkan para pelajar mengakses pelbagai perkhidmatan yang disediakan seperti jadual waktu kuliah, maklumat berkaitan pelajar, jadual waktu peperiksaan, keputusan peperiksaan, kalendar aktiviti hal ehwal pelajar dan akaun pelajar. Hal ini seterusnya memudahkan aktiviti para pelajar sewaktu belajar di UUM kerana sebarang informasi dapat diakses dengan hanya di hujung jari.


ABU BAKAR BIN ABDULLAH, 204935

TMK mampu menghasilkan persekitaran pembelajaran yang bercorak futuristik dan mewujudkan sistem pendidikan moden yang efisien. Para pelajar dapat mendekatkan diri mereka dengan perkembangan dunia luar serta berhubung antara satu sama lain menerusi jaringan maklumat dan komputer peribadi. Pelajar turut berpeluang menyertai aktiviti universiti secara global bercorak siber yang lahir daripada rangkaian pensyarah, penyelidik, pelajar, perpustakaan dan kakitangan sokongan lain.

NUR HAFIZA BT AZIZAN, 206840

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) yang digunakan oleh para pelajar di UUM sangat membantu dalam memberikan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan efektif. Contohnya penggunaan Smart Card yang diberikan kepada para pelajar berfungsi sebagai kad pengenalan diri, kad perpustakaan, kad kedatangan, kad e-tunai dan kad e-debit. Selain itu, dewan kuliah di UUM juga turut dilengkapi dengan alat-alat TMK seperti komputer, projektor dan skrin besar yang membantu para pelajar memahami sesuatu subjek dengan lebih berkesan dan membantu pensyarah mengajar sesuatu subjek.Makmal komputer di UUM turut membekalkan lebih daripada 2000 unit PC yang dirangkaikan ke ISLAN(Integrated Sintok Local Area Network) yang memudahkan para pelajar mengakses internet bagi mendapatkan maklumat tentang sesuatu subjek.Hal ini membantu UUM mencapai visi dan misinya ,iaitu menjadi universiti pengurusan terkemuka.

NUR AMANI ANITH BT TAHIR, 207128

Kelemahan




Kurangnya kemahiran para pensyarah dan pelajar dalam menggunakan perkakasan dan perisian TMK yang disediakan merupakan salah satu kelemahan penggunaan sistem ini dalam bidang pengajaran dan pembelajaran di UUM. Hal ini demikian kerana, sistem perkakasan dan perisian TMK yang disediakan begitu kompleks selain turut menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Disamping itu, UUM juga kekurangan pakar-pakar yang boleh menyelenggara perkakasan dan perisian TMK yang disediakan jika berlakunya sebarang masalah.

MUHAMMAD AZLAN B MAJID, 203626


Setara dengan era globalisasi, UUM turut terkena tempiasnya apabila hampir 88% prasarana dan kemudahan di UUM beroperasi menggunakan sistem yang canggih dan moden. Walau bagaimanapun, masih terdapat beberapa masalah atau kekurangan yang dapat dikesan daripada kepenggunaan TMK secara meluas di UUM. Antaranya ialah penularan virus serta ancaman siber yang akan mengancam sistem teknologi dan menghalang kelicinan perjalanan UUM. Misalnya, ketika sesi pembelajaran dan pengajaran berlaku kejadian tidak diingini apabila alat untuk pengajaran seperti komputer dan projektor mengalami kerosakan, majoriti pensyarah akan membatalkan kelas dan ini merugikan para pelajar dan pihak UUM juga terpaksa mengeluarkan belanja yang besar untuk memperbaiki kerosakan tersebut.



SITI NADIAH BINTI SHAHIDAN 207285

Cara Mengatasi

Salah satu cara untuk mengatasi kelemahan TMK dalam sistem pembelajaran di UUM adalah melalui penyelenggaraan secara berterusan oleh pihak pentadbiran UUM. Pihak pentadbiran UUM perlulah memeriksa peralatan-peralatan TMK yang digunakan supaya proses pembelajaran dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan. Hal ini demikian kerana, setiap masalah yang timbul akibat daripada penggunaan TMK ini akan menyebabkan proses pembelajaran menjadi lebih lambat dan membosankan. Selain itu, pihak UUM juga perlu menambah bilangan pakar TMK supaya masalah yang timbul dapat diatasi dengan segera.

ONG KAH LENG, 207153


Selain itu,terdapat juga kaedah lain untuk mengelakkan daripada berlakunya sebarang masalah sewaktu berlangsungnya proses pengajaran dan pembelajaran,antaranya pihak UUM perlulah sentiasa mengemaskini segala perkakasan dan perisian TMK. Hal ini demikian kerana, kebanyakan perkakasan dan perisian TMK yang digunakan dalam proses pembelajaran di UUM sudah terlalu lama dan tidak dikemaskini. Hal ini sekaligus mendatangkan masalah kepada para pelajar dan pensyarah yang ingin menggunakan perkakasan dan perisian yang disediakan.


LIM SHEAU WEY, 207135

Kesimpulan

Kepesatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) perlu dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh mahasiswa demi memartabatkan pendidikan ke arah kecemerlangan. Walaupun terdapat beberapa masalah yang timbul melalui penggunaan TMK,namun begitu masalah tersebut mungkin dapat diatasi sekiranya mahasiswa mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap penggunaan TMK dalam sistem pendidikan. Selain itu, kerajaan juga telah membuat pelbagai rancangan dan pelaksanaan seperti dalam Rancangan Malaysia Kesembilan 2006 hingga 2010 dalam memartabatkan TMK di Malaysia. Sistem pendidikan yang berkembang pesat selaras dengan kehendak dan aspirasi negara ini perlulah mengaplikasikan TMK khususnya di peringkat sekolah, prauniversiti dan institut pendidikan tinggi awam mahupun swasta supaya sistem pendidikan tidak ketinggalan jauh berbanding dengan negara maju yang lain bak kata pepatah "berdiri sama tinggi, duduk sama rendah".

NURUL HUSNA BINTI SENAWI, 206834