Isnin, Ogos 02, 2010

Cara Mengatasi

Salah satu cara untuk mengatasi kelemahan TMK dalam sistem pembelajaran di UUM adalah melalui penyelenggaraan secara berterusan oleh pihak pentadbiran UUM. Pihak pentadbiran UUM perlulah memeriksa peralatan-peralatan TMK yang digunakan supaya proses pembelajaran dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan. Hal ini demikian kerana, setiap masalah yang timbul akibat daripada penggunaan TMK ini akan menyebabkan proses pembelajaran menjadi lebih lambat dan membosankan. Selain itu, pihak UUM juga perlu menambah bilangan pakar TMK supaya masalah yang timbul dapat diatasi dengan segera.

ONG KAH LENG, 207153


Selain itu,terdapat juga kaedah lain untuk mengelakkan daripada berlakunya sebarang masalah sewaktu berlangsungnya proses pengajaran dan pembelajaran,antaranya pihak UUM perlulah sentiasa mengemaskini segala perkakasan dan perisian TMK. Hal ini demikian kerana, kebanyakan perkakasan dan perisian TMK yang digunakan dalam proses pembelajaran di UUM sudah terlalu lama dan tidak dikemaskini. Hal ini sekaligus mendatangkan masalah kepada para pelajar dan pensyarah yang ingin menggunakan perkakasan dan perisian yang disediakan.


LIM SHEAU WEY, 207135

10 ulasan:

Lavine Lim berkata...

Dengan adanya cara penyelesaian yang komprehensif dalam mengatasi masalah ini,maka proses pembelajaran dalam uum akan berjalan dengan lancar.

Kingsley Tang berkata...

Cara-cara penyelesaian yang efektif memerlukan kerjasama semua pihak agar kelemahan ict dalam pendidikan di UUM dapat diatasi secepat mungkin.

hooi khim berkata...

cara-cara mengatasi yang dibincangkan harus dilaksanakan oleh pihak yang berkenaan agar masalah dapat dibendung dengan cepat...

kylie berkata...

Dengan adanya cara-cara mengatasi,proses pembelajaran dan pengajaran dapat berjalan dengan lancar dan masa untuk belajar tidak akan diganggu.Oleh itu,pihak berkaitan perlulah mengambil tindakan yang drastik.

Jayson Lee berkata...

Seperti yang dikatakan oleh Cik Ong Kah Leng, perkakasan dan perisian TMK adalah terlalu lama dan tidak dikemaskinikan. Oleh itu, dengan cadangan yang bagus, adalah dengan menggantikan semua perkakasan dan perisian TMK dengan yang terbaru dan yang mempunyai teknologi yang terkini. Dengan ini, barulah segala masalah diselesaikan. Tetapi, kos untuk menggantikan semua adalah sangat tinggi, oleh itu,kita harus mempunyai rancangan yang rapi, supaya kita tidak melebihi budget kita. Dengan ini, proses pembelajaran untuk pelajar di uum akan berjalan lancar untuk beberapa tahun yang kemudian. Kerana dunia ini tengah berjalan, teknologi sentiasa berubah dan menambah baik untuk memenuhi keinginan manusia.

zyong berkata...

Ya,saya setuju. Pihat pentadbiran uum perlu menyelesaikan masalah ini secepat mungkin supaya pelajar dapat manfaat daripadanya.

c11 berkata...

terima kasih kepada kumpulan anda diharapkan blog ini dapat memberikan manfaat kepada kita dalam mengatasi masalah penggunaan teknologi..

c39 berkata...

terima kasih kepada kumpulan anda kerana mencadangkan penyelesaian masalah penggunaan teknologi, bagi saya penggunaan teknologi terutama dalam uum perlu sentiasadi selenggara supaya semua proses pembelajaran berjalan dengan lancar..

c9 berkata...

pihak uum perlu mengambil inisiatif dalam masalah ini kerana semakin canggih teknologi yang digunakan, semakin banyak masalah yang perlu diatasi..

c18 berkata...

saya pihak uum perlu mengambil pakar-pakar teknologi yang mahir supaya apabila berlaku sebarang masalah dapat diatasi dengan segeraca