Isnin, Ogos 02, 2010

Sumbangan




TMK telah berjaya memudahkan urusan harian para pelajar dan pensyarah di UUM melalui penggunaanya dalam sistem pengajaran dan pembelajaran. Salah satu contoh penggunaan TMK dalam sistem pendidikan di UUM dapat dilihat melalui penggunaan portal pintar yang dikenali sebagai Portal Komuniti UUM. Portal ini memudahkan para pelajar mengakses pelbagai perkhidmatan yang disediakan seperti jadual waktu kuliah, maklumat berkaitan pelajar, jadual waktu peperiksaan, keputusan peperiksaan, kalendar aktiviti hal ehwal pelajar dan akaun pelajar. Hal ini seterusnya memudahkan aktiviti para pelajar sewaktu belajar di UUM kerana sebarang informasi dapat diakses dengan hanya di hujung jari.


ABU BAKAR BIN ABDULLAH, 204935

TMK mampu menghasilkan persekitaran pembelajaran yang bercorak futuristik dan mewujudkan sistem pendidikan moden yang efisien. Para pelajar dapat mendekatkan diri mereka dengan perkembangan dunia luar serta berhubung antara satu sama lain menerusi jaringan maklumat dan komputer peribadi. Pelajar turut berpeluang menyertai aktiviti universiti secara global bercorak siber yang lahir daripada rangkaian pensyarah, penyelidik, pelajar, perpustakaan dan kakitangan sokongan lain.

NUR HAFIZA BT AZIZAN, 206840

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) yang digunakan oleh para pelajar di UUM sangat membantu dalam memberikan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan efektif. Contohnya penggunaan Smart Card yang diberikan kepada para pelajar berfungsi sebagai kad pengenalan diri, kad perpustakaan, kad kedatangan, kad e-tunai dan kad e-debit. Selain itu, dewan kuliah di UUM juga turut dilengkapi dengan alat-alat TMK seperti komputer, projektor dan skrin besar yang membantu para pelajar memahami sesuatu subjek dengan lebih berkesan dan membantu pensyarah mengajar sesuatu subjek.Makmal komputer di UUM turut membekalkan lebih daripada 2000 unit PC yang dirangkaikan ke ISLAN(Integrated Sintok Local Area Network) yang memudahkan para pelajar mengakses internet bagi mendapatkan maklumat tentang sesuatu subjek.Hal ini membantu UUM mencapai visi dan misinya ,iaitu menjadi universiti pengurusan terkemuka.

NUR AMANI ANITH BT TAHIR, 207128

14 ulasan:

c9 berkata...

saya bersetuju dengan pendapat kumpulan kamu penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi bukan sahaja
menjimatkan masa seorang mahasiswa dalam pengurusan masa malah hasil kerja contohnya assigment dapat siap dengan cepat dan lebih sistematik..

kumpulan c6 berkata...

setelah membaca entri anda,saya sedikit sebanyak mengetahui tentang sumbangan alat-alat TMK untuk pelajar UUM.Disini saya juga ingin menambah satu sumbangan lain ,iaitu perolehan sambungan tanpa wayar(wayarless)di dalam setiap bilik pelajar.Ini memudahkan para pelajar untuk mengakses internet tanpa perlu pergi ke pusat komputer.Perkara ini ternyata memberi kemudahan kepada para pelajar.
Terima kasih.Saya sangat berpuas hati dan bangga menjadi pelajar UUM.

Budak Baik berkata...

saya juga bersetuju dengan kata2 kumpulan c9
penggunaan ict ini dapat memudahkan mahasiswa dalam menjalani pengajian di uum

suhaimi berkata...

memang ternyata dapat memudahkan mahasiswa di uum..

Tanpa Nama berkata...

Memang memudahkan.Saya sebagai salah seorang pelajar UUM sangat beruntung dan bertuah kerana memiliki kemudahan-kemudahan ini.Syabas UUM dan terima kasih kepada anda kerana membuatkan saya sedar betapa beruntung menjadi warga Universiti Utara Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

saya bersetuju dengan pendapat kumpulan kamu.kemudahan yang disediakan banyk membantu mahasiswa dan mahasiswi uum.selain dapat menjimatkan masa, penuntut juga tidak ketinggalan dalam dunia teknologi maklumat.tetapi saya masih tidak berpuas hati dengan pengurusan uum kerana sambungan tanpa wayar masih belum dapat digunakan secara menyeluruh terutamanya di dalam bilik.

c39 berkata...

saya ingin menyatakan pendapat saya tentang sumbangan teknologi komunikasi maklumat dan komunikasi di uum. peggunaan internet dapat menyediakan sumber yang begitu luas kepada pensyrah dan juga pelajar untuk menerokai,mencari bahan pengajaran atau rujukan serta penyelidikan..

c18 berkata...

penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi di uum amat penting kerana sebagai universiti terkemuka di malaysia, pihak uuu perlu mempunyai sistem pengurusan yang sistematik supaya dapat melahirkan pekerja yang berkualiti kepada negara kita..

c11 berkata...

saya rasa bersemangat apabila bercerita pasal penggunaan teknologi maklumat dan kominikasi. hal ini kerana penggunaan teknologi ini memudahkan kerja saya. saya harap kumpulan anda meneruskan lagi blog ini..

c13 berkata...

sebenarnya penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi juga memudahkan pelajar berbincang dengan pensyarah hanya melalui talian..

Tanpa Nama berkata...

saya amat menyokong dan bersetuju dengan kumpulan c38 bahawa teknologi maklumat dan komunikasi sebenarnya terlalu besar peranannya dalam kehidupan global masa kini..syabas kumpulan c38!!!

Joshua Ang berkata...

Sumbangan TMK dalam UUM memang tidak boleh dinafikan kepentingannya.

Shawn Lee berkata...

Sumbangan TMK dalam UUM membantu melancarkan lagi proses pembelajaran para siswa-siswi UUM.

kylie berkata...

ya..saya bersetuju dengan sumbangan-sumbangan teknologi maklumat dan komunikasi dalam IPTA.Oleh itu,aspek ini hendaklah dimajukan lagi supaya semua siswa siswi mendapat manfaat.