Isnin, Ogos 02, 2010

Kelemahan




Kurangnya kemahiran para pensyarah dan pelajar dalam menggunakan perkakasan dan perisian TMK yang disediakan merupakan salah satu kelemahan penggunaan sistem ini dalam bidang pengajaran dan pembelajaran di UUM. Hal ini demikian kerana, sistem perkakasan dan perisian TMK yang disediakan begitu kompleks selain turut menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Disamping itu, UUM juga kekurangan pakar-pakar yang boleh menyelenggara perkakasan dan perisian TMK yang disediakan jika berlakunya sebarang masalah.

MUHAMMAD AZLAN B MAJID, 203626


Setara dengan era globalisasi, UUM turut terkena tempiasnya apabila hampir 88% prasarana dan kemudahan di UUM beroperasi menggunakan sistem yang canggih dan moden. Walau bagaimanapun, masih terdapat beberapa masalah atau kekurangan yang dapat dikesan daripada kepenggunaan TMK secara meluas di UUM. Antaranya ialah penularan virus serta ancaman siber yang akan mengancam sistem teknologi dan menghalang kelicinan perjalanan UUM. Misalnya, ketika sesi pembelajaran dan pengajaran berlaku kejadian tidak diingini apabila alat untuk pengajaran seperti komputer dan projektor mengalami kerosakan, majoriti pensyarah akan membatalkan kelas dan ini merugikan para pelajar dan pihak UUM juga terpaksa mengeluarkan belanja yang besar untuk memperbaiki kerosakan tersebut.



SITI NADIAH BINTI SHAHIDAN 207285

10 ulasan:

kumpulan c6 berkata...

Dengan membaca blog anda,kami dapat menambah pengetahuan mengenai masalah-masalah yang akan berlaku ketika menggunakan TMK di UUM. Terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

terima kasih kepada kumpulan kamu..
dengan ini saya telah memahami kelemahan yang pada tmk..

c26 berkata...

saya daripada c26 sangat teruja dengan melihat blog ini terutama dari kelemahan..

Tanpa Nama berkata...

blog yang menarik, harap dpt menambah lagi input2 yang menarik....


from: pusat serenti malaysia..

suhaimi berkata...

Boleh dikatkan agak baik.teruskan usaha anda


Dari: Ahli C11

kumpulan c13 berkata...

Kimpulan kami sangat bersetuju dengan kelemahan-kelemahan yang diutarakan oleh anda. Syabas kami ucapkan.

c9 berkata...

saya harap anda dapat memberikan lagi informasi tentang keburukan teknologi ini supaya kita semua dapat mencari jalan untuk menyelesaikannya..

c11 berkata...

alhamdulillah.. semoga informasi yang kumpulan anda paparkan ini kami akan memanfaatkannya..

c39 berkata...

saya bersetuju dengan kumpulan anda mengenai kelemahan teknologi ini..kewujudan ancaman siber seperti virus menyusahkan kita semua..

c14 berkata...

saya ingin memberikan komen pasal penggunan kelemahan penggunaan LCD dalam bilik kuliah melambatkan masa pembelajaran, kerana kurangnya pengetahuan pensyarah dalam teknologi..