Isnin, Ogos 02, 2010

Kemudahan di Universiti Utara Malaysia(UUM)



Sebagai sebuah universiti pengurusan terkemuka,pihak UUM telah memperkenalkan pelbagai bentuk kemudahan bercorak moden dan canggih seiring dengan matlamat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju setanding dengan negara maju yang lain.Antara bentuk kemudahan yang disediakan adalah seperti e-mel untuk kakitangan dan pelajar,Penggunaan e-mel ini adalah untuk memudahkan para penggunanya melayari laman sesawang yang dikehendaki.Selain itu,setiap pelajar akan mempunyai portal masing-masing yang dikenali sebagai 'Portal Komuniti UUM'.Portal ini mengandungi semua maklumat berkaitan pelajar,jadual waktu kuliah serta keputusan peperiksaan.Pihak UUM juga menyediakan perkhidmatan perpustakaan secara dalam talian,antaranya perkhidmatan WEBOPAC yang memudahkan para pengguna perpustakaan mencari buku secara dalam talian.Hal ini secara tidak lansung dapat memjimatkan masa penggunanya.Terdapat juga kemudahan lain iaitu 'eResources','eJournal','eThesis' dan 'eQuip'.Zon pembelajaran atau lebih dikenali sebagai "Learning Zone" juga turut disediakan kepada para pelajar untuk membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Para pelajar boleh mendapatkan nota melalui zon ini mengikut senarai kursus yang diambil.


NURFARAHIN BT CHE MOHAMAD ILIAS, 204637

5 ulasan:

Kumpulan C38 berkata...

bagus idea tu, tahniah..(>.<)

c39 berkata...

terima kasih kepada anda dengan ini kumpulan kami dapat mengetahui dengan jelas tentang kemudahan yang terdapat dalam uum....

c13 berkata...

kupasan yang agak jelas dalam memahami kemudahan-kemudahan TMK yang disediakan kepada warga UUM. terima kasih.

c11 berkata...

terima kasih kumpulan kumpulan anda kerana memilih tajuk ini, kerana dengan infi yang anda berikan saya lebih mengetahui kemudahan yang terdapat dalam uum ini...

c9 berkata...

saya rasa kemudahan yang terdapat di uum perlu ditambah supaya dapat meningkatkan lagi penggunaan teknologi dalam kalangan pelajar..