Isnin, Ogos 02, 2010

Kesimpulan

Kepesatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) perlu dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh mahasiswa demi memartabatkan pendidikan ke arah kecemerlangan. Walaupun terdapat beberapa masalah yang timbul melalui penggunaan TMK,namun begitu masalah tersebut mungkin dapat diatasi sekiranya mahasiswa mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap penggunaan TMK dalam sistem pendidikan. Selain itu, kerajaan juga telah membuat pelbagai rancangan dan pelaksanaan seperti dalam Rancangan Malaysia Kesembilan 2006 hingga 2010 dalam memartabatkan TMK di Malaysia. Sistem pendidikan yang berkembang pesat selaras dengan kehendak dan aspirasi negara ini perlulah mengaplikasikan TMK khususnya di peringkat sekolah, prauniversiti dan institut pendidikan tinggi awam mahupun swasta supaya sistem pendidikan tidak ketinggalan jauh berbanding dengan negara maju yang lain bak kata pepatah "berdiri sama tinggi, duduk sama rendah".

NURUL HUSNA BINTI SENAWI, 206834

9 ulasan:

GroupC_11 berkata...

bagus... dengan ini kumpulan kami lebih memahami tentang kebaikan dan beburukan ICT therhadap kita semua di UUM

Kumpulan C38 berkata...

alhamdulillah, sama-samalah kita berkongsi ilmu.

c9 berkata...

teknologi maklumat dan komunikasi merupakan pembantu proses interaksi antara individu, dan pada hari ini telah merevolusikan persekitaran pembelajaran di seluruh dunia..

c14 berkata...

pada pendapat saya, penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dapat memberikan fleksibiliti kepada pelajar dari segi masa belajar dan mengurangkan masa perjalanan...

c18 berkata...

pihak uum perlu sentisa bertindak positif terhadap pembangunan teknologi terutama dalam pembinaan struktuk pengajaran....

c39 berkata...

penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi amat penting dalam mentranformasikan malaysia menjadi negara maju yang berorientasikan teknologi komunikasi dan maklimat....

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...

Saya amat kagum dengan isi kandungan yang terdapat di dalam blog ini. Jadi,kami sebagai pelajar dapat mengetahui serba sedikit cara-cara penggunaan teknologi maklumat dalam pembelajaran dan pengajaran di UUM.

bmC9-kesihatan.blogspot.com. berkata...

Keseluruhannya, kami dapat memahami dan mengetahui sistem yang digunakan dalam mendidik para siswazah dan siswi. Penggunaan teknologi amat penting bagi meningkatkan imej dan kualiti negara ke peringkat yang lebih tinggi kerana lahirnya generasi yang bijak pandai.